Masalah Jerebu (1)

Masalah Jerebu :  Punca,  Kesan Negatif, Langkah Mengatasi …

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluhbahawa jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.

Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejasakibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini akan menyebabkan tanaman akan mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akan turut terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.

Jerebu dapat diatasi dengan cara mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.

Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah berkerjasam dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Usaha ini dilakukan melalui dengan menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air.

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alamsekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.

Selain tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan  yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

.

Posted in Karangan | Leave a comment

Tema dan Persoalan

Sajak Kukup Perang : Tema dan Persoalan

TEMA

Peperangan mengakibatkan kezaliman dan mencetuskan semangat perjuangan

Peperangan menyebabkan kezaliman, penindasan dan perasaan dendam. Selain itu, peperangan juga mencetuskan semangat perjuangan untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

PERSOALAN

  1. Pengorbanan diri untuk orang lain.

Contoh: kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

  1. Kesan peperangan.

Contoh: dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain.

  1. Menegakkan keadilan

Contoh: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.

  1. Kesetiaan terhadap negara

Contoh: setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya.

  1. Penilaian perlu dibuat secara adil berdasarkan konteks.

Contoh: Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bentuk Sajak

Sajak Kukup Perang : Bentuk Sajak

BENTUK SAJAK

  1. Terdiri daripada enam rangkap.
  1. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama; sebelas baris, rangkap kedua; sepuluh baris, rangkap ketiga; sepuluh baris, rangkap keempat; enam baris, rangkap kelima; lapan baris dan rangkap keenam; empat baris.
  1. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
  1. Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas suku kata.
  1. Rima akhirnya tidak sama.
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Soalan Peperiksaan + Skema Jawapan (2)

Question 2 :

“A brave man is not he who doesn’t feel afraid, but he who conquers fear”

With close reference to the text, describe how this is portrayed by one of the characters and explain how this quality would benefit you.

.

Sample Answer :

Based on the novel Captain Nobody written by Dean Pitchford that I have studied, a quality about conquering fear has been portrayed by the main character of the novel – Newton Newman. Newt was characterized as someone who is timid and afraid of height, but somehow succeeded in conquering his fear. This quality is shown many time throughout the story.

First things first, Newt climbed the dumpster to get the bass drum for his best friend. At first, he was reluctant because he was scared of heights but he convinced himself that Captain Nobody was a fearless hero. Even though climbing a dumpster does not seem that challenging, this event showed that Newt had succeeded in conquering his fear. In my opinion, no matter what problems we will face today or tomorrow, if we have the courage to conquer our fear, we are able to overcome any difficulties in life.

Secondly, Newt climbed the Appleton Water tower to save Reggie Ratner. Reggie was hustled by Chris‟s teammates, and he decided to climb the Appleton water tower to spray paint a sign in support of Merrimac High on the tower. Before he could carry out his plan, his foot broke through the rotten roof and got stuck. People assumed he was going to jump down and commit suicide. Newt showed his bravery by climbing up the tower. By doing so, Next found a new friend in the hulking Reggie Ratner. In my opinion, this shows us that being brave will allow us to make more friends easily.

The third event was when Newt save Ferocious the ferret. In the mad tussle with Ricky Ratner and his friends, the ferret‟s cage door flew open and Ferocious escaped. Captain Nobody bravely diced with death several times on the highway to save Ferocious and ended up stopping four lanes of traffic. This enabled a plane with engine trouble to make a safe emergency landing. In my opinion, it is important to have the courage to save someone in trouble. This shows that being brave benefits us as we will be able to protect others especially our loved ones.

In a nutshell, Newt is a brave person. He tried to overcome his fear in order to help others. We should try to follow the examples shown by Newt because, as I have mentioned above, being brave benefits us in numerous ways.

………………………………………………………………………………………………

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Moral Values + Evidence, Opinoin (3)

Novel Captain Nobody : Moral Values + Evidence, Opinoin (3)

 VALUE  :  BEING OPTIMISTIC

Newton does not let anything dampen his spirit and remains positive even though he is ignored by his schoolmates and his parents. Though he is ten years old, Newt accepts his parents’ neglect and copes with the pain of missing Chris. He does not blame or resent anyone. Even when his parents are at home, they do not spend time with him or even talk to him. Although he is sidelined by his friends at school and neglected by his workaholic parents at home, he accepts the situation without complain.

OPINION

This shows that Newt is an optimistic person. If I were in the same situation, I would not be as positive as Newt. Without Newt’s optimism, he would remain sad and feel down being neglected by his own parents and his friends. His action has inspired me to be optimist in facing bad times.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nilai (Komsas Tingkatan 5)

Cerpen Hipertensi : Nilai (Komsas Tingkatan 5)

NILAI:

i. Kasih sayang. Cth – Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.

ii. Kebijaksanaan. Cth – Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.

iii. Belas kasihan/ simpati. Cth – Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh bapanya.

iv. Dedikasi. Cth – Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.

v. Tanggungjawab. Cth – Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.

vi. Kesabaran. Cth – Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang ketika mendidik anak-anaknya.

vii. Keinsafan. Cth – Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.

viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth – Aiman mengamalkan makanan seimbang dan menjalani gaya hidup sihat.

ix. Rasional. Cth – Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka merayau supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang lain.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Watak dan Perwatakan (Komsas Tingkatan 5)

Cerpen Hipertensi : Watak dan Perwatakan (Komsas Tingkatan 5)

WATAK DAN PERWATAKAN:

  1. Aiman Aqil:

– berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.

– anak sulung daripada 3 beradik.

– gagap semasa bercakap. Cth – mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.

– seorang yang pintar. Cth – boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah menengah walaupun masih berada di sekolah rendah.

– suka menyakat orang lain. Cth – di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat menyelesaikan masalah matematik.

– bercita-cita tinggi.  Cth – bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil Armstrong.

– suka memberontak.  Cth – Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.

– pendendam. Cth – menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan menamparnya.

– insap dengan kesilapannya. Cth – Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.

  1. Bapa Aiman:

– seorang jurutera makenikal.

– seorang yang bertanggungjawab. Cth – menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.

– bengis dan garang. Cth – pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.

– seorang yang penyayang. Cth – berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap dengan menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.

3. Ibu Aiman:
– bertugas sebagai saintis bidang geologi.

– penyayang. Cth – berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.

– taat/ patuh kepada suami. Cth – Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.

– penyabar – sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

1. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya mendapat kejayaan.

Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

 

2. Kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan orang lain kerana sikap pemaaf merupakan sikap yang mulia.

Contohnya, Razali sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.

 

 

3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira

Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

 

4. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kenayaan

Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

 

5. Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan

Contohnya, Munir insaf akan kesalahannya memfitnah Razali menceroboh dan mencuri wang koperasi sekolah.  Munir telah memohon maaf daripada Razali

 

6. Kita hendaklah menolong kawan-kawan yang dalam kesusahan.

Contohnya, Razali  sanggup menolong Munir yang ketinggalan  dalam pelajaran  bagi menghadapi SPM

 

7. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.

Contohnya, Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.

8. Kita janganlah melakukan jenayah mencuri kerana akan merosakkan masa depan kita.

Contohnya, Munir telah dihukum gantung sekolah selama seminggu dan dirotan di hadapan murid-murid lain di tapak perhimpunan kerana menceroboh dan mencuri wang koperasi sekolah sebanyak RM200.00

9. Kita janganlah menyimpan dendam terhadap orang lain

Contohnya, Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah

 

10. Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dalam kehidupan

Contohnya, Razali tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dicipta oleh Munir dan kawan-kawannya yang cemburu akan kejayaan Razali serta hubungan mesranya dengan Ramlah.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 2)

GAYA BAHASA

Metafora

– … memukul tangkai hatinya

– … kuntum kegembiraan mengenang di hatinya

– Zahar tidak mahu gelombang resah

– kita nyalakan obor semangat dalam diri kita

Hiperbola

– Zahar yang duduk di hadapan kelas,mengunyah kata- kata CIkgu Baharum selumat- lumatnya

– lidah api sedang menjelir,memamah punggung kawah

– perutnya yang berkeroncong,dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan

Personifikasi

– panas yang membakar atas zink bengkel

– Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya

– Sinar mata mengerdip di mata tuannya

– Rasa resah gelisah itu makin menekan pada setiap kali

– masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali dibungkus sepi

– cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan dalam hidup

– Acahan Bakar kembali memancing keinginan itu

– warna senja mulai memamah suasana

– Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam

– nadanya menikam jantung Zahar

– senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyelimuti wajahnya

– nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghirs tangkai hatinya

– … kami tahu gelombang yang sedang memukul hati anda semua

Bahasa Inggeris

– repair

– awning

– locker

– ragging

– best friend

– no probleum

– girl friend

– spt check

– mood

– tension

– urgent

– traffic

Bahasa Indonesia

– Ongkosnya, kepinggin, beres

Diksi / Pemilihan kata

– Pelatih IKM, perabot, peralatan, ukiran yang unik, mesin melarik, mesin mengetam, bengkel, latihan dalam loji, dan papan

Simile

… bagai tidak mahu kalah dibayangi

… arus fikirannya seperti terhenti

… pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali

… cabaran aku tu bagai api membakar semangat kau

… Zahar bagaikan tenggelam dibuai dengan teksi

… Aku dihina denga kata- kata yang bagai sembilu tajamnya

… bagaikan belati tajam menghiris tangkai hatinya

Peribahasa

… tentulah berat kakinya hendak melangkah

… patutlah macam isi dengan kuku

… sesungguhnya hati kecilnya

… Zahar tidak pernah berat mulut menasihati kedua-dua adiknya

… berat tulang

… pucuk dicita ulam mencatang

Sinkope

… “Dialah yang dah (sudah) lama tunggu tadi,”

… “sedap atau tidak bihun tu (itu) tak (tidak) tahulah

… “Apa, kau (engkau) tak (tidak) gembira dapat masuk IKM tu (itu)  Zahar

Repetisi / Pengulangan

… entah kambing, entah kerbau tumbang pagi tadi

… Biarlah peluh pak cik menitik bersama peluh kau, barulah adil kan

Kata Ganda

… manik-manik peluh

… kawan-kawan

… pokok-pokok

… sebaik-baiknya

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment

Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 2)

Novel Meniti Impian : Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 2)

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat pekebun

– Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya, Pak Yusuf juga sering pergi membersihkan kebunnya.

– Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung keperluan keluarganya.

Masyarakat pelajar

– Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas.

Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain

– Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.

Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain

– Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai pelatih berbanding dirinya berkelulusan ITM.

Masyarakat yang rajin bekerja

– Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun dia menjalani latihan loji sahaja.

Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat

– Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.

Masyarakat yang bergotong-royong

– Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut kanan halaman rumahnya.

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan

– Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar memohon untuk memasuki IKM untuk menambah ilmu pengetahuan.

Masyarakat yang ambil berat

– Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan menyewa teksi dan menghantar Zahar mendaftar di IKM.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment